seismik

[VIDEO] Orang Awam Bertindak Cepat Selamatkan Keluarga Ini Yang Terbabas Ke Dalam Sungai

Mujur ada orang awam yang lalu.

Cover image via @_mrkay_ (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kejadian tidak diingini boleh berlaku di mana-mana dan bila-bila masa sahaja

Malah, kita juga tidak dapat jangka bila insiden boleh berlaku, apatah lagi jika ia berlaku kepada diri atau keluarga kita.

Terutama sekali apabila ia boleh melibatkan nyawa di dalam bahaya. Bantuan perlu diberikan sebelum terlambat.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan sebuah keluarga yang terbabas diselamatkan oleh orang ramai di dalam sungai.

Orang awam bertindak cepat selamatkan kesemua mangsa

Menerusi video daripada akaun @mrkay, kelihatan sebuah kereta telah terbabas jatuh ke dalam sebuah sungai.

Difahamkan, pemandu wanita tersebut telah melanggar tiang sebelum keretanya terjatuh bersama penumpang yang lain.

Selepas insiden itu berlaku, orang awam bertindak untuk terus menyelamatkan mereka untuk keluar daripada kereta terbabit sebelum ia mula tenggelam. Difahamkan, semua penumpang berada dalam keadaan selamat.

Lihat video itu di bawah:

@_mrkay_

Akak ni terbabas langgar tiang lampu then jatuh ke sungai..nasib baik abg ni ada..tq org baik

original sound - Mr kay

Alhamdulillah, mujur semua selamat. Terima kasih pada yang bantu :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: