seismik

"Memang Takut Tapi Kena Lawan" - Anggota Bomba Kongsi Detik Cemas Cari Mangsa Tanah Jerlus

Semoga mangsa dapat dijumpai segera.

Cover image via @alimaddia (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti umum tahu, negara kita telah digemparkan dengan kejadian yang tidak diingini

Ia selepas seorang wanita warga India yang terjatuh ke dalam lubang benam berhampiran Masjid India, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sejak itu, pihak anggota bomba dan penyelamat Malaysia telah memulakan misi pencarian mangsa dan kini operasi pencarian telah masuk hari keempat namun, masih tiada sebarang petunjuk tentang keberadaan mangsa.

Arus deras dan lubang yang sempit menyukarkan pencarian mangsa

Dalam pada misi pencarian mangsa, seorang anggota berkongsi detik yang agak 'menyeramkan' semasa misi tersebut.

Menerusi sumber, Pegawai Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM, Penguasa Kanan Bomba I, Alimaddia Bukri berkongsi detik anggota bomba yang terlibat dalam operasi pencarian mangsa insiden dan keadaan di bawahnya.

"Masa turun ke bawah lubang... memang takut, tapi ini memang tugas anggota bomba, kena lawan perasaan takut dan berserah kepada-Nya.

"Kami terpaksa membuat selaman di dalam air kumbahan, arus deras dengan penglihatan terhad (zero visibility) serta akses kecil menyukarkan pergerakan dan pencarian mangsa," katanya.

Tambah beliau, hujan turut menjadikan sitiuasi berisiko terhadap pasukan penyelamat dalam operasi itu.

"Di lubang itu ada saliran kumbahan dan saliran lain, memang dalam (lubang) itu... Semoga ALLAH SWT permudahkan segala urusan kita semua.

"Kami telah berbincang dan mendapatkan nasihat daripada pakar yang berkaitan, sebelum membuat apa-apa keputusan dalam operasi ini," katanya.

Malah, beliau berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan pasukan penyelamat dalam operasi itu dan mereka akan cuba sedaya updaya mencari mangsa.

Beliau juga turut berkongsi detik pencarian berkenaan di dalam TikTok miliknya.

Lihat video perkongsian itu di bawah:

@alimaddia Replying to @itsme_balkhis terima kasih atas keperihatinan anda semua yang menghargai kami..Utk yang kata kami malas, slow, asyik berehat, tak buat apa2, dan komen2 negative lain tu.. fahamilah tugas kami dan pengorbanan kami #runtuhantanah #masjidindiakl #ppda #storm #jbpm #tanahjerlus Lagu Sedih Menyentuh - Sihon oye

Terima kasih pada semua anggota penyelamat. Semoga mangsa akan dijumpai.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: