'Bhai' Kena Tinggal Bas Di R&R, Lelaki Baik Hati Kejar Driver Minta Berhenti Ini Dipuji
Nasib baik dia tolong.
Jika kita menaiki bas awam untuk menuju ke perjalanan yang jauh, kebiasaannya mereka akan berhenti di kawasan rehat
Pada masa inilah, anda boleh makan, membuang air dan sebagainya. Ia bagi melancarkan perjalanan untuk penumpang. Jadi, tidaklah duduk saja di dalam bas.
Namun, jika kita seorang ada kalanya perlu berpesan pada pemandu bas untuk menunggu kita. Iyalah, takut dia tidak perasan dan tertinggal pula nanti.
Situasi itu sama seperti seorang warga asing ini apabila dia tertinggal bas semasa membuang air di kawasan rehat telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video itu di bawah:
Tak perasan kena tinggal, nasib baik ada yang sudi tolong
Menerusi video tersebut, difahamkan pada awalnya bas yang dinaiki lelaki warga asing itu berhenti di sebuah kawasan rehat. Dia kemudian turun untuk pergi membuang air.
Tetapi, entah bagaimana sebaik saja dia keluar, dia melihat basnya itu sudah pergi dan meninggalkannya. Mungkin kerana dia membuang air terlalu lama.
Dia kemudian meminta tolong dua orang lelaki untuk mengejar bas berkenaan. Akhirnya mereka berjaya berjumpa di tengah jalan dan dia terus turun menaikinya. Malah, dia juga mengucapkan terima kasih pada mereka kerana telah menolongnya.
Image via @mrjkurakura2 (TikTok)
"Untung Bhai ni dapat pertolongan dari orang Selangor yang prihatin" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memuji tindakan lelaki berkenaan kerana sudah menolong.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 384.8K views, 22.5K likes dan 603 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @mrjkurakura2 (TikTok)
Image via @mrjkurakura2 (TikTok)
Image via @mrjkurakura2 (TikTok)
Image via @mrjkurakura2 (TikTok)
Image via @mrjkurakura2 (TikTok)
Baik hati abang ni sebab tolong dia :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment