seismik

[VIDEO] Gadis Nak Buat Trend 'Langgar' Di TikTok, Terkejut Pula Sekali Yang Datang Sami

Nasib baik kak, haha.

Cover image via @clarayaaa__ (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Banyak trend yang kita boleh lihat sekarang menjadi ikutan ramai terutamanya di aplikasi TikTok

Antara trend yang sedang hangat adalah 'langgar seseorang' yang membawa kepada perjodohan. Ramai yang merakam video mereka terlanggar seseorang dan menunjukkan momen manis bersama.

Namun, lain pula dengan gadis ini apabila dia hanya saja merakam video trend tersebut bertukar menjadi lain apabila muncul seorang sami dibelakangnya.

Lihat video itu di bawah:

Tiba-tiba datang lelaki sami dari arah belakang

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis semasa itu sedang berada di sebuah tempat yang tidak dikenal pasti.

Dia pada mulanya ingin mencuba merakam dirinya untuk trend langgar jodoh. Tetapi, apa yang lebih mencuit hati adalah tiba-tiba datang seorang lelaki sami dari arah belakang.

Situasi itu membuatkan dia cepat-cepat ke hadapan dan terkejut melihatnya.

"Sikit lagi sami menjadi suami" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 3.8M views, 519.1K likes dan 7,595 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Nasib baik perasaan ya kak, kena tengok dulu sekeliling lain kali :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: