"Sedih Tau" - Penat Masak Banyak, Lelaki Kecewa Tiada Orang Yang Datang Open House
Banyak tu dia masak.
Hari raya sangat sinonim dengan open house atau majlis rumah terbuka
Pada masa ini, kita menjemput rakan-rakan atau sanak-saudara untuk menjamu selera di rumah kita. Kebiasaannya, banyak makanan yang akan dimasak masa rumah terbuka ini betul tak?
Tambahan lagi, jika sudah lama tidak berjumpa pasti mahu datang ke rumah individu tersebut kan.
Namun, lain pula dengan video di Twitter ini apabila seorang lelaki meluahkan rasa kecewanya kerana tidak ramai yang datang ke rumah terbukanya telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Kecewa ada yang batal last minute dan diamkan diri
Menerusi video tersebut, seorang lelaki berkongsi suasana ketika dia membuat rumah terbuka di rumahnya. Pada awalnya dilihat tiada langsung orang yang datang walaupun dia sudah menjemput ramai.
Malah, apa yang lebih mengecewakannya adalah ada yang batal untuk datang disaat akhir dan ada juga yang mendiamkan diri.
"Makanan banyak dah siap, penat I dengan housemate I masak tapi tulah ramai tak datang. Sedih tau yang cancel last minute, yang diamkan diri," tulisnya.
Difahamkan, selepas itu muncul dua orang rakan yang datang ke rumahnya. Makanan yang lebih juga dia memberikan kepada pengawal keselamatan di kawasan rumahnya.
"Bang lain kali panggil saya konfem datang" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka masing-masing.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 793.3K views, 2,138 retweets dan 5,788 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!