seismik

Banyak Sangat Dapat Soalan Tanya Bila Nak Kahwin, Luahan Jawapan Wanita Ini 'Win'!

Dia pun dah penat nak jawab.

Cover image via @nadirahkama (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jodoh bukanlah satu perkara yang kita dapat tahu bila dan di mana

Ianya sudah ditetapkan oleh Tuhan. Kita hanya boleh berdoa agar jodoh yang dipertemukan adalah seorang yang baik.

Tentu sekali 'annoying' rasanya jika ramai yang bertanya kepada kita soalan "bila nak kahwin?". Tambahan lagi, jika kita sudah lama membujang. Pasti ada saja soalan ini.

Namun, berbeza dengan wanita ini apabila dia meluahkan jawapan mengenai isu tersebut telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Geram bila ramai tanya bila nak kahwin

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita itu sedang memandu sambil dirakam oleh rakannya.

Dia kemudian meluahkan perasaannya apabila sering ditanya ramai bilakah dia akan berkahwin. Situasi itu membuatkan dia geram dan memberikan jawapannya sendiri.

"Hal jodoh orang Tuhan dah atur, kalau dia datang datanglah," katanya.

"Enjoy je sis setiap masa yang you ada" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan berkongsi perkara sama.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 384.1K views, 33.6K likes dan 1,206 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Kalau ada tu, adalah. Doakan yang terbaik je :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: