[VIDEO] Niat Dah Baik Nak Surprisekan Member Untuk Hari Jadi, Tapi Timing Pula Tak Kena
Kena buat balik surprise.
Sambutan hari jadi telah menjadi satu perkara yang penting dalam hidup kita
Iyalah, pada masa inilah kita dilahirkan ke dunia dan setiap tahun akan membuatkan kita menjadi lebih dewasa.
Semua orang pasti mahu dihargai pada masa ini. Kek hari jadi sudah menjadi seperti makanan wajib ada betul tak?
Namun, lain pula dengan video ini apabila rakan sekerja tersilap 'timing' nak membuat kejutan hari jadi member mereka telah mencuit hati ramai.
Lihat video itu di bawah
Baru nak buat surprise tapi member tengah solat
Menerusi video tersebut, kelihatan dua orang wanita semasa itu sedang bersiap sedia untuk membuat kejutan kepada rakan mereka.
Namun, semasa mereka membuka pintu, rakan mereka itu dilihat sedang khusyuk bersembahyang.
Perkara itu membuatkan mereka berhenti menyanyi dan tutup kembali pintu sambil tergelak dengan situasi berkenaan.
"Siapa yang surprise siapa sebenarnya ni?" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pelbagai reaksi mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 53.3K views, 849 retweets dan 1,836 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!