seismik

"Terima Kasih Jaga Kami" - Guard Ini Sebak Dapat Sambutan Hari Jadi Dari Staf Pejabat

Menangis dia.

Cover image via @jllmisai (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti kita semua tahu, tugas pengawal keselamatan adalah untuk memastikan persekitaran tempat kerja sentiasa selamat

Kebiasaannya kita boleh lihat mereka seperti di dalam bangunan pejabat, pusat beli-belah dan banyak lagi. Bukan senang bekerja sebagai pengawal keselamatan ini kerana mereka juga berisiko tinggi.

Tak salah jika sekali sekali kita ingin memberikan penghargaan ataupun sekurang-kurangnya mengucapkan terima kasih kepada mereka.

Seperti video di Twitter ini apabila seorang pengawal keselamatan sebak menerima kejutan hari jadinya telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Tak sangka staf di pejabat buat kejutan untuknya

Menerusi video tersebut, kelihatan semua orang di pejabat membuat kejutan dengan menyanyikan lagu Happy Birthday sebaik saja seorang pengawal keselamatan tiba.

Difahamkan, mereka meraikan hari jadinya sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kerana selama ini telah menjaga kesejahteraan di situ.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah pengawal itu sehingga menangis melihatnya kerana berasa terharu.

"Mesti dah lama dia kerja situ kan" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihatnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 155.8K views, 4,296 retweets dan 9,972 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Mungkin dia pun dah kerja lama dekat situ, banyak berjasa :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: