seismik

[VIDEO] Lelaki Ini Dipuji Ramai Masak Untuk Security Guard Makanan Yang Mereka Rindu

Terus terubat rasa rindu dia.

Cover image via @ricxxxkiddo (Twitter)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mencari sesuatu rezeki kadangkala memerlukan pengorbanan seperti perlu berjauhan dengan keluarga dan kampung halaman

Di Malaysia saja, kita boleh lihat begitu ramai penduduk dari negara seberang yang mencari rezeki di sini atas faktor tertentu.

Sudah tentu rasa rindu kampung halaman dan keluarga itu akan timbul, tetapi kerja perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Lain pula dengan video di Twitter ini apabila seorang lelaki dengan baik hati memasak untuk pengawal warga Nepal yang sudah lama tidak makan masakan di sana telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

Tak sangka dapat makan makanan yang dirindui

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang individu ketika itu sedang berada di sebuah pondok pengawal.

Dia kemudian menghampiri dua orang pengawal yang bertugas dan bertanyakan salah seorangnya apakah makanan yang nak sangat dimakan kerana sudah lama tidak merasanya. Pengawal itu kemudian memberitahu Napali Momo.

Lelaki berkenaan dilihat terus ke pasar dan memasaknya. Dia kemudian membawa makanan tersebut pada esok harinya dan memberikan pada pengawal tersebut.

Selepas saja merasanya, pengawal berkenaan memuji keenakan makanan itu dan tidak menyangka bahawa ia dimasak sendiri dan bukan beli.

"Auto teringin nak makan Napali Momo tu macam mana rasanya" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan ada juga yang teringin mahu merasanya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 139.6K views, 5,235 retweets dan 9,655 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Terbaiklah bro, hilang rasa rindu dia bila makan tu :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: