seismik

Baju Pekerja Mamak Dicetak Dengan 'Pickup Lines' Ini Buat Pelanggan & Netizen Tersenyum

Auto terbaca masa order.

Cover image via @vernaeyyoo (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Cuba bayangkan, anda berjalan masuk ke kedai mamak dan disambut dengan ayat-ayat manis di belakang baju kerja mereka

Mesti boleh tersenyum seorang bukan? Tambahan lagi, kalau pickup lines tu memang kena dengan diri kita. Sampai berbunga hati.

Itulah yang terjadi apabila tular sebuah video di TikTok menunjukkan baju pekerja-pekerja Mamak yang menulis pickup lines di sebuah restoran di Ampang Jaya telah mencuit hati netizen.

Lihat video itu di bawah:

@vernaeyyoo You’ll always be my best TEH I kennot #fyp #mamak BIZCOCHITO - ROSALÍA

Ia mungkin salah satu pakaian kerja terbaik di luar sana

Menerusi video tersebut, seorang pengguna TikTok berkongsi baju yang dipakai oleh kesemua pekerja di situ yang menggunakan pickup lines dibelakangnya.

Beberapa barisan pickup lines dan kata-kata yang kelihatan di belakang baju pekerja ialah:

"You'll always be my Best~Teh."

"Oh telur..without you, I kosong."

"Never a dhal moment at Fatimah."

Malah, ramai yang memuji keunikan pakaian kerja itu kerana dapat menarik perhatian pelanggan.

"So cute. How they come out with the pharses" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat ayat-ayat pickup lines itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 242.9K views, 25.6K likes dan 267 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Jarang nak jumpa baju pekerja kedai mamak macam ini. Comel :D

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: