seismik

[VIDEO] Baju Sama Dengan Pesakit Hospital, Wanita Terhibur Sebab Pak Guard Tak Beri Keluar

Min pun terhibur.

Cover image via @rajanurul123 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti yang kita tahu, jika kita dimasukkan ke dalam hospital, kita akan diberikan baju khas pesakit untuk dipakai

Ia adalah bagi memudahkan pihak hospital mengenali pesakit tersebut. Malah, baju hospital juga lebih memudahkan untuk pesakit.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang wanita terhibur melihat saudaranya ditahan pengawal dek kerana baju sama dengan pesakit hospital telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

@rajanurul123

hahhaaa...adoii..kesian dia...merahhh mukeee

Funny - Gold-Tiger

Pakai baju corak sama sampai pak guard pun keliru

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pesakit sedang bersama dengan seorang saudara perempuannya.

Namun, apa yang lebih menghiburkan adalah saudaranya ditahan oleh pengawal kerana corak bajunya. Wanita itu kemudian berkongsi corak baju saudaranya itu yang sama dengan baju pesakit.

Hal itu, menyebabkan pengawal keliru dan sebab itu dia ditahan dari keluar wad mungkin kerana fikir dia adalah pesakit.

"Auto unlimited waktu melawat. Siap pakej boleh stay situ terus" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat video tersebut dan berkongsi pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.6M views, 126.7K likes dan 2,107 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Tak pasal-pasal dia masuk hospital juga nanti ya :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: