seismik

"Tertipu Aku" - Abang Rider Beria Tanya Nombor Rumah Dekat Pak Guard, Tapi Rupa-Rupanya...

Mana tak konfius kalau macam ni.

Cover image via @janggutslumber (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kerja sebagai rider bukanlah satu kerja yang mudah kerana anda perlu berdepan banyak risiko

Namun disebalik kesusahan mereka, masih terdapat kisah-kisah lucu yang banyak kita boleh lihat di media sosial betul tak?

Sama seperti video di TikTok ini apabila seorang rider lelaki berkongsi detik memalukan ketika dia mahu menghantar pesanan pelanggannya.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tak sangka bercakap dengan patung rupa-rupanya

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi detik melucukan semasa dia sedang membuat penghantaran pada rumah pelanggannya.

Dia memberitahu pada awalnya telah pun sampai di rumah pelanggannya dan semasa mahu memasuki kawasan itu dia bertanyakan kepada pengawal yang berada di situ di manakah nombor rumah tersebut.

Namun, selepas beberapa minit menunggu rupa-rupanya dia baru menyedari yang itu adalah patung dan dia hanya bercakap seorang diri. Kejadian itu membuatkan dia tergelak kerana tidak menyangkanya.

"Ni rare tak pernah jumpa" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihatnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 199.3K views, 4,667 likes dan 161 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kesian abang tu, nasib baik sedar cepat kalau tak berkurun nak tunggu guard tu jawab ya :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: