"Masak Aku" - Lelaki Ini Gelabah, Tak Sengaja Pula Terpandang Pengantin Masa Lirik Sedih
Habislah bang!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Setiap majlis perkahwinan sudah pasti mempunyai persembahan bukan?
Ada persembahan menyanyi, tarian, bermain alat muzik dan sebagainya. Ia bagi memeriahkan majlis perkahwinan tersebut.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki meluahkan rasa cuaknya apabila tidak sengaja memandang pengantin perempuan ketika lirik sedih telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Terpandang pula pengantin part lirik sedih
Menerusi video daripada @zulhadi.__, kelihatan dia semasa itu sedang membuat persembahan menyanyi sambil bermain gitar buat kedua pasangan mempelai.
Namun, selepas itu pengantin lelaki meminta untuk dia menyanyikan lagu daripada kumpulan Indonesia iaitu Puspa berjudul ST12.
Tetapi, apa yang lebih menarik perhatian adalah dia dengan tidak sengaja memandang ke arah pengantin perempuan ketika lirik sedih, "walau ku tahu, bahwa dirimu sudah ada yang punya." Malah, pengantin perempuan itu turut memandangnya juga.
Situasi itu membuatkan dia cepat-cepat menoleh dan berfikir macam-macam sambil mempersoalkan mengapa dia tiba-tiba terpandang pengantin perempuan tersebut.
"Takut betul tu muka bang" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi mereka masing-masing mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 951.4K views, 75.4K likes dan 357 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: