seismik

[VIDEO] "Sekatan Paling Bahaya" - Syok Tengah Race, Isteri Selamba Tahan Suami Ajak Balik

Nasib awaklah bang.

Cover image via @bojer.90 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kebiasaannya aktiviti outdoor banyak dimonopoli oleh kaum lelaki, tetapi kini kaum wanita juga banyak yang menggemarinya

Namun, ia semua terpulang pada kesesuaian aktiviti itu sendiri. Sudah tentu sesiapa saja boleh melakukannya jika sudah menjadi hobi dan minat mereka.

Tetapi, lain pula dengan video ini apabila seorang isteri dengan selamba menahan suaminya ketika bermain motocross untuk menyuruh pulang telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tengah race dengan kawan, isteri pula panggil balik

Menerusi video tersebut, kelihatan semasa itu seorang lelaki sedang bermain aktiviti motocross bersama rakannya.

Namun, tidak lama selepas itu muncul isterinya yang datang menahannya semasa dia sedang asyik berlumba.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah si isteri siap membawa sebatang kayu untuk menahan suaminya itu da mengajaknya untuk pulang ke rumah. Difahamkan, isterinya memanggilnya berikutan hari semakin senja dan sudah mahu masuk waktu Maghrib.

"Polis dengan JPJ pun kalah kalau bini tahan" - Netizen

Walau bagaimanapun, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen tetap memuji lelaki tersebut kerana mengikut isterinya pulang walaupun race masih belum habis.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 3M views, 198.8K likes dan 2,546 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Steady bang, macam ni baru bini sayang :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: