seismik

"Macam Mana Nak Mandi Woi" - Tandas Hotel Lut Sinar, Geng Lelaki Ini Terhibur Lihat Design

Habislah ada orang mengintai.

Cover image via @ssyahhhhhhhhhh (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasti rata-rata di sini ada yang suka pergi bercuti untuk hiburan dan tenangkan diri betul tak?

Tak kisahlah dalam atau luar negara, dekat ataupun jauh. Kadangkala sesetengah orang hanya mahu menikmati masa rehat mereka saja.

Malah, ada juga yang check in hanya kerana kecantikan dan dekorasi hotel itu sendiri. Banyak hotel-hotel yang mempunyai design cantik sehingga ada pula yang ‘terkejut’ melihatnya.

Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila sekumpulan lelaki terhibur memikirkan cara mereka mahu mandi di sebuah hotel telah mencuit hati ramai.

Lihat video itu di bawah:

Fikir macam mana nak masuk tandas, takut member mengintai

Menerusi video tersebut, kelihatan geng lelaki berkenaan baru saja tiba di sebuah hotel. Dapat dilihat, mereka tinggal di dalam satu bilik yang sama. 

Namun, mereka mula menyedari yang tandas hotel tersebut boleh dilihat jelas dari atas. Disebabkan itu, semua terhibur dan memikirkan bagaimana cara mereka mahu mandi takut nanti ada yang 'memerhati' pula.

"Stress member nak mandi" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan ada yang berkongsi pengalaman sama mereka mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 165.3K views, 7,569 likes dan 138 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Pening semua fikir macam mana nak mandi :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: