Fed Up Tengok Anak Buah Asyik Masuk Mainan Dalam Mulut, Wanita Gigih Ajar Cara Yang Betul
Mak sedara dia pun letih tengok.
Mempunyai anak kecil sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi
Iyalah, hal ini kerana mereka pasti mempunyai banyak kerenah sehingga ibu bapa juga letih hendak melayannya betul tak?
Namun, merekalah yang menyerikan lagi suasana dalam sesebuah keluarga. Jadi, kita perlu lebih bersabar dengan mereka.
Lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang wanita gigih mengajar anak buahnya cara yang betul bermain mainan telah mencuit hati ramai.
Lihat video itu di bawah:
Geram tengok anak buah asyik masukkan mainan ke dalam mulut
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang melayan anak buahnya ketika mereka di sebuah pantai.
Namun, gara-gara anak buahnya tidak reti bermain dan kerap kali memasukkan mainan tersebut ke dalam mulut, wanita itu sehinggakan mengajarnya cara yang betul.
Lebih mencuit hati dia siap menunjukkan gaya bermain permainan tersebut kepada anak buahnya itu.
Lihat video sambungan di bawah:
"Nah, tutorial padu dah tu dik. Ko tak ikut juga tak tahu la nak" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gaya wanita itu mengajarnya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 615.9K views, 24.9K likes dan 434 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!