[VIDEO] "Meriah Kampung" - Gelagat Keluarga Jaga 5 Orang Bayi Serentak Ini Curi Perhatian
Ramainya, comel semua.
Bagi suami isteri, anak adalah anugerah terindah yang hadir dalam sesebuah keluarga
Kehadiran anak ini dapat menyerikan lagi keluarga. Tambahan pula bagi pasangan yang sudah lama menunggu untuk mendapatkan zuriat. Pasti rasa teruja itu tidak boleh digambarkan.
Selain suami isteri, ahli keluarga juga adalah orang yang tentu gembira dengan kedatangan ahli baru ini bukan?
Namun, lain pula dengan video di TikTok ini apabila gelagat si atuk dan ahli keluarga lain menjaga lima orang bayi serentak telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video itu di bawah:
'Panik' sekejap bila semua menangis serentak
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita yang juga merupakan ibu kepada bayi-bayi berkenaan merakam momen bersama ahli keluarganya.
Dapat dilihat pada awalnya si atuk sibuk melayan cucunya yang sedang meragam. Namun, tidak lama selepas itu, kesemuanya meragam serentak membuatkan ahli keluarga yang lain turut membantu menenangkan mereka.
Lebih mencuit hati, semua seolah-olah seperti 'panik' seketika kerana kesemua bayi meragam serentak.
"Wah, meriahnya baby kembar. Kelam kabut atuknya nak layankan" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat video berkenaan.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2.2M views, 155.6K likes dan 1,163 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!