[VIDEO] Malu-Malu Nak Jumpa, Pemuda Hantar Kakak Nak Pergi Dating Ini Cuit Hati Ramai
Kakak dia first time kot.
Fasa bercinta sememangnya pasti penuh dengan momen indah
Kadangkala kalau sehari tidak berjumpa itu boleh buat rindu rasanya betul tak? Kalau duduk berdekatan pula, hari-hari rasa nak jumpa. Itu adalah perkara biasa bagi pasangan yang sedang bercinta.
Tetapi, bagi orang yang baru mahu mengenali seseorang pasti pada awalnya rasa malu-malu itu ada. Iyalah, perasaan berjumpa depan-depan dan bercakap di dalam telefon lain rasanya.
Situasi itu sama seperti video di TikTok ini apabila seorang pemuda merakam gelagat kakaknya yang malu mahu keluar dating telah mencuit hati ramai.
Lihat video itu di bawah:
Bila dah sampai depan kereta, malu pula nak jumpa
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pemuda itu telah menghantar kakaknya untuk berjumpa dengan seseorang.
Difahamkan, kakaknya mahu keluar dating dengan seorang lelaki. Namun, apa yang lebih mencuri perhatian adalah dia dilihat begitu malu mahu keluar dari kereta dan mengambil masa selama beberapa minit untuk bertemu.
Selepas beberapa kali disuruh keluar, wanita itu akhirnya keluar dan menaiki kereta lelaki berkenaan.
"Adik bukan main menyakat ye. Kan dah kena cubit" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan ada berkongsi pengalaman sama mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.3M views, 115.2K likes dan 1,665 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!