seismik

Luah Rasa Kecewa Transit Ke KL Delay, Gadis Tahan Sebak Terlepas Flight Nak Balik Sabah

Kesian tengok dia.

Cover image via @abbywhooo (TikTok) & The Sun Daily

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti umum tahu, sambutan Hari Raya Aidilfitri hanya tinggal beberapa hari saja lagi

Tentunya bahang itu semakin dirasai oleh semua umat Islam seluruh negara. Khususnya yang tinggal jauh daripada keluarga.

Pada masa inilah mereka akan pulang ke kampung halaman untuk meraikan bersama ibu bapa dan sanak-saudara.

Namun, tular sebuah video di TikTok ini apabila seorang gadis meluahkan rasa kecewanya semasa mahu menaiki kapal terbang telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Sedih transit mengalami kelewatan

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis semasa itu sedang berada di lapangan terbang untuk pulang beraya ke kampung halamannya di Sabah.

Difahamkan, gadis berkenaan perlu menaiki penerbangan dari Pulau Pinang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum perlu menaiki pesawat yang lain. Namun, transit dari Pulau Pinang menuju ke KLIA pula mengalami sedikit kelewatan.

Apa yang lebih menyedihkan, pesawat yang sepatutnya membawanya pulang ke Sabah telah pun berlepas pada waktu yang telah dijadualkan. Pesawat yang sepatut membawanya dari Pulau Pinang mendarat di KLIA 1. Sementara gadis itu perlu menaiki pesawat ke Sabah di KLIA2.

Disebabkan itu, dia telah membuat semakan di laman web pembelian tiket penerbangan dan mendapati hanya terdapat tiket dengan nilai yang mahal.

Menurutnya, tiket penerbangan pergi ke Sabah (one way) berharga RM600 ke atas. Ia berbeza dengan tiket pergi dan balik yang telah dibelinya sebelum ini dengan nilai lebih RM800.

"Saya pun mahu menangis tiap kali tengok harga tiket balik Sabah" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 905.7K views, 95.3K likes dan 5,260 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Tiket nak ke Sabah memang 'keras', takut juga tengok :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: