seismik

Sanggup Tempah Tiket Pesawat Sebab Nak Tengok Ayang Bekerja, Rupa-Rupanya Ada Plot Twist

Berani dia gula-gulakan kita.

Cover image via @trituwango (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika kita pergi bercuti ke luar negara atau ke tempat yang jauh, sudah semestinya perlu menaiki kapal terbang

Hal ini kerana ia tidak boleh dipandu dengan jarak yang begitu jauh. Ramai orang suka menaiki kapal terbang ini kerana ia lebih cepat sampai betul tak?

Dalam setiap penerbangan, pasti akan ada pramugari dan pramugara yang akan membantu pelanggan mereka. Bukan senang sebenarnya kerja mereka, kerana perlu belajar banyak perkara.

Namun, lain pula dengan video di TikTok ini apabila seorang lelaki kononnya sanggup membeli tiket penerbangan semata-mata mahu melihat 'kekasihnya' bekerja telah mencuit hati ramai.

Lihat video itu di bawah:

Konon nak tengok 'ayang' bekerja, rupa-rupanya angan-angan saja

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pemuda dari Indonesia itu berkongsi momen sewaktu dia ingin menaiki sebuah pesawat.

Pada awalnya, dia memberitahu dia menaiki pesawat berkenaan kerana mahu melihat kekasihnya bekerja.

Namun, selepas sampai saja di tempat yang dituju. Dia memberitahu tidak sabar mahu berjumpa kekasihnya itu. Rupa-rupanya, itu adalah angan-angannya saja dan bukanlah perkara yang betul.

"Macam tu je kau gula-gulakan aku, sedih aku" - Warganet

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut merasa tertipu dan terhibur dengan konten pemuda berkenaan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.9M views, 186.1K likes dan 6,159 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di TikTok:

Nasib baik tengok video sampai habis! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: