Sebar Maklumat Nak Cari Pengasuh Muda Di Facebook, Lelaki Ini Terima Kecaman Netizen
Geram pula tengok.
Sebagai seorang ibu bapa yang berkerja, mencari pengasuh itu adalah sangat perlu buat mereka
Hal ini kerana, jika mereka pergi bekerja siapakah yang akan menjaga anak-anak? Nak bagi ibu ayah takut menyusahkan pula tambahan lagi dengan umur mereka. Jadi, agak kasihan betul tak?
Disebabkan itu, pentingnya pengasuh ini. Tetapi, bukan kena tengok juga latar belakang dan lesen mereka terlebih dahulu.
Tular sebuah posting di Twitter baru-baru ini apabila seorang individu mendedahkan sikap seorang lelaki 'miang' yang menyebarkan maklumat pengasuh muda telah mendapat perhatian ramai.
Lihat posting itu di bawah:
Tengah cari pengasuh untuk anak, siap share muka pengasuh lagi
Menerusi posting tersebut, beberapa keping tangkap layar telah dimuat naik semula ke laman Twitter daripada Facebook.
Dapat dilihat, ia memaparkan hantaran seorang lelaki yang sedang mencari seorang pengasuh buat anaknya. Namun hantaran itu disifatkan seperti gangguan seksual terhadap pengasuh-pengasuh wanita di aplikasi berkenaan.
Hantaran itu ternyata mengundang komen-komen yang tidak senonoh. Malah, lelaki itu turut menyuruh orang ramai untuk mesejnya secara peribadi jika mahu tahu apakah laman web tersebut.
"Gila betul. Dah jadi ayah pun masih perangai miang macam ni" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mengecam tindakan lelaki berkenaan dan menganggap ia perbuatan yang tidak patut dilakukan.
Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 15.9K retweets, 1,593 quotes tweets dan 16.4K likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!