seismik

Individu Mengamuk Gara-Gara Lauk Iftar Tak Sedap, AJK Masjid Ini Terima ‘Surat Layang’

Sampai macam itu sekali.

Cover image via Facebook & Tribun News (Gambar sekadar hiasan)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebiasaannya pengurusan masjid akan bertanggungjawab terhadap segala urusan atau aduan tentang masjid tersebut

Tambahan lagi, pada bulan puasa ini banyak masjid-masjid yang menyediakan majlis berbuka puasa untuk umum. Ia sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang tidak berkemampuan.

Namun, baru-baru ini tular sebuah posting di Facebook memaparkan seorang individu berkongsi 'surat layang' yang diterima oleh AJK masjid kerana makanan iftar yang disediakan telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat posting itu di bawah:

Image via Facebook

Kena maki sebab lauk yang disediakan tidak sedap

Menerusi posting tersebut, kelihatan seorang individu berkongsi surat yang diterima oleh pihak pengurusan sebuah masjid.

Dapat dilihat ia memaparkan empat keping kertas yang ditulis kata cacian. Difahamkan, ia berpunca apabila makanan berbuka yang disediakan oleh pihak masjid tidak enak dan tidak puas hati dengan lauk yang disediakan.

"Makanan semuanya letak tomato puri, tomato sos, kanji, terung, bendi, kubis rebus. Lepas tu letak kari"

"Orang tua tak boleh kunyah, keras ayam, campur tomato puri, daging letak tomato puri, tomato sos, semuanya merah sos. Ada kanji,” tulisnya.

Malah, penulis surat itu menggelarkan individu yang menyediakan makanan berkenaan sebagai ‘anj*ng’ dan menyamakan juadah yang dihidangkan seperti menu dalam penjara.

Image via Facebook

"Tidak kira siapa yang menulis , tapi ambil peduli apa yang dia nak sampaikan" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka masing-masing.

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 1.2K likes, 626 comments dan 105 shares di Facebook.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Facebook:

Image via Facebook
Image via Facebook
Image via Facebook
Image via Facebook

Dia punya tulisan tu struggle juga nak baca. Apa pun harap ada penambahbaikan pada masa akan datang :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: