seismik

[VIDEO] Ramai Sangat Ponteng Kelas, Lecturer Ambil Keputusan 'Melawat' Ke Rumah Pelajar

Sekali pensyarah datang terus gelabah.

Cover image via @hisyam_chemat (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Zaman universiti adalah fasa di mana kita perlu lakukannya dengan baik

Hal ini kerana, keputusan dan bidang yang kita ambil di universiti sangat mempengaruh untuk kita meminta kerja di luar sana nanti.

Jadi, jangan sia-siakan peluang yang ada ini untuk mencapai apa yang kita mahu. Sudah tentu rasa malas untuk ke kelas dan belajar itu pasti ada dalam kalangan pelajar. Sebab itulah kena bijak membahagi masa di antara belajar dan bermain.

Tular sebuah video di TikTok ini apabila seorang pensyarah lelaki menerjah sendiri ke rumah pelajarnya kerana ramai yang ponteng telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

@hisyam_chemat

Sakit ka ponteng kelas tu.

Santai - Faizal Tahir

Terjah terus ke rumah pelajar sebab ramai ponteng

Menerusi video tersebut, kelihatan pensyarah itu menjelaskan bahawa ramai pelajarnya yang 'ponteng' ke kelasnya.

Dia kemudian mengambil keputusan untuk 'terjah' sendiri ke rumah pelajarnya yang tidak hadir pada kelas berkenaan. Kehadirannya ternyata telah mengejutkan para pelajar yang mana ada di antaranya telah ditangkap sedang lena tidur.

Difahamkan, niat asalnya hanyalah mahu mengetahui apa punca dan masalah mereka semua tidak hadir ke kelas.

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Weh apa banyak nau kasut tu meniaga ke" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat video tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2M views, 89.3K likes dan 1,202 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Tahu terkejut semua bila pensyarah dia buat surprise :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: