seismik

Lelaki Beli Bungkus Roti Tisu, Tapi Reaksi Mamak Yang Malu Nak Beri Ini Pula Cuit Hati

Panjang betul.

Cover image via @hazirawrr (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Restoran atau kedai makan mamak sememangnya menjadi pilihan ramai untuk lepak atau mencari makan pada waktu malam

Hal ini kerana, kebiasaannya kedai mamak beroperasi 24 jam. Jadi ia memudahkan sesiapa saja datang membeli makan tidak kira waktu.

Malah, suasananya yang rileks juga mejadi pilihan ramai untuk lepak bersama rakan-rakan. Tambahan lagi, jika ada perlawanan bola.

Berbeza pula dengan video ini apabila seorang lelaki membungkus roti tisu di sebuah kedai mamak telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

@hazirawrr

Lepasni makan roti tisu time dine in je lah

Funny Song - Cavendish Music

Mamak pula yang malu nak bagi roti tisu bungkus sebab panjang sangat

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang berada di sebuah kedai mamak untuk membungkus sekeping roti tisu.

Seperti yang kita tahu, bentuk roti tisu memang berbeza dengan roti-roti yang lain kerana ia sangat tinggi dan nipis.

Namun, apa yang lebih mencuri perhatian adalah apabila seorang pekerja mamak menutup mukanya semasa memberikan makanan tersebut kepada lelaki berkenaan. Dia seolah-olah seperti malu.

"Dah macam drawing bangunan dah" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan mengusik bentuk bungkusan tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 632.9K views, 54.6K likes dan 583 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Bukan main panjang tu bungkusan makanan dia :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: