seismik

[VIDEO] Bilal Terlupa Selawat Solat Tarawih, Reaksi Imam & Makmum Tahan Gelak Undang Tawa

Silent laugh.

Cover image via @jagoanmama_ (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bila tiba bulan Ramadan, solat tarawih pasti menjadi perkara utama yang ramai orang ingin lakukan

Iyalah bukan setiap bulan kita dapat solat tarawih ini betul tak? Solat sunat tarawih boleh dikerjakan sama ada secara berseorangan mahupun berjemaah di masjid, surau, atau di rumah.

Namun, berbeza pula dengan video di TikTok ini yang memaparkan seorang bilal di sebuah masjid terlupa bacaan selawat solat tarawih sehingga makmumnya di belakang ikut tergelak telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

Cuba tahan gelak lepas dengar bilal banyak kali tersasul

Menerusi video tersebut, kelihatan suasana solat tarawih di sebuah masjid yang berada di Indonesia.

Dapat dilihat bilal tersebut sedang membacakan selawat sebelum solat dimulakan. Tetapi, dia dilihat sedikit tergagap dan terlupa akan selawat berkenaan.

Situasi itu membuatkan makmum dibelakangnya yang memakai baju putih cuba menahan diri daripada gelak selepas mendengarnya. 

"Aku mula rasa tak patut gelak, tapi sorry aku tak tahan tergelak sorang" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pelbagai reaksi selepas melihat video berkenaan.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 3.4M views, 295K likes dan 7,385 comments di TikTok.

Berikut adalah komen daripada netizen di TikTok:

Aduhai, tak baik tau korang gelakkan :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: