seismik

“Malu-Malu Pula” - Gelagat Lelaki Tersenyum Bila Nampak Kamera Masa Solat Ini Curi Tumpuan

Dia pun tak expect kot nak masuk dalam kamera.

Cover image via @noramirachedin (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebiasaannya, ketika solat Jumaat akan ada beberapa stesen televisyen yang akan mengambilnya secara siaran langsung

Bukan hanya paparkan jemaah yang sedang solat tetapi ada juga dikongsikan bacaan khutbah untuk ditonton.

Namun, baru-baru ini tular sebuah video memaparkan seorang lelaki secara spontan tiba-tiba tersenyum sebaik saja melihat kamera merakamnya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

Terus tersenyum malu bila nampak kamera

Menerusi video tersebut, kelihatan rakaman memaparkan suasana ketika solat Jumaat di Masjid Negara.

Namun, apa yang lebih mencuri perhatian adalah apabila seorang lelaki tiba-tiba tersenyum malu sebaik saja ternampak kamera. Siaran yang ditayangkan di TV1 itu dikongsikan semula menerusi akaun TikTok @noramirachedin.

"1 Malaysia kenal kau bang" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lelaki itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 4M views, 307.3K likes dan 9,746 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Alahai, malu-malu pula ya bang :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: