seismik

[VIDEO] Buat Parodi Berlakon Macam Drama 'The Kardashians', Keluarga Ini Cuit Hati Ramai

Buat hal betul.

Cover image via @abg_izzz (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi peminat hiburan industri dunia, mereka pasti tahu dengan drama siri popular iaitu The Kardashians kan?

Siri itu mengisahkan tentang kehidupan keluarga Kardashians. Ia memberi tumpuan terutamanya kepada adik-beradik Kourtney, Kim, dan Khloé Kardashian serta adik-beradik perempuan mereka, Kendall dan Kylie Jenner, dan ibu mereka, Kris Jenner.

Ia juga menampilkan beberapa rakan kongsi semasa dan bekas mereka, termasuk Travis Scott, Travis Barker, Kanye West, Tristan Thompson, Scott Disick, dan Corey Gamble, dengan penampilan tetamu daripada pelbagai rakan dalam industri hiburan.

Namun, lain pula dengan video di TikTok ini apabila sebuah keluarga melakonkan kembali babak dalam siri tersebut telah mencuit hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Bergaduh dengan adik-beradik sebab nak remote TV

Menerusi video tersebut, kelihatan dua orang adik-beradik sedang berada di ruang tamu rumah mereka.

Tetapi, apa yang lebih melucukan adalah mereka dilihat bergaduh sesama sendiri hanya kerana si abang memarahi adiknya untuk memberikan alat kawalan jauh televisyen.

Dari situlah timbulnya drama antara mereka berdua. Malah, caranya pula tidak ubah seperti dalam siri The Kardashians sendiri.

"Makan atas kotak lampin tu paling legend" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat keluarga itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 376.9K views, 45.2K likes dan 1,855 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Menjadi pula lakonan dia tu, boleh dah buat drama sendiri :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: