[VIDEO] Pereka Fesyen Ini Buat Parodi Lelaki Manja, Tapi Soalannya Pula Buat Ramai Sendu
Buat termenung betul soalan dia tu.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sebelum ini tular mengenai video seorang lelaki yang menasihati netizen supaya tidur awal
Video itu kemudiannya mendapat perhatian netizen dengan pelbagai komen mengenainya. Malah, ramai yang membuat parodi dan ada juga yang siap berduet dengannya.
Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang pereka fesyen terkenal membuat parodi video berkenaan telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Buat parodi lelaki manja versi kahwin pula
Menerusi video tersebut, lelaki yang dikenali sebagai Rico Rinaldi itu telah membuat parodi video popular yang sebelum ini memaparkan seorang lelaki menyuruh agar netizen untuk tidur.
Dia kemudian melakukan perkara sama tetapi kali ini agak berbeza kerana soalannya bukanlah untuk menyuruh netizen tidur.
Di dalam video tersebut dia bertanya mengapa masih ada yang belum berkahwin dan memberitahu agar pengikutnya menyatakan dua sebab. Video itu ternyata membuatkan ramai dapat relate dengan situasi mereka.
"Belum kahwin sebab tunggu Rico melamar" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen menjawab pertanyaan Rico itu dengan memberikan sebab dan alasan mereka masing-masing mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 103.9K views, 9,533 likes dan 1,271 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: