seismik

"Macam Bawa Dulang" - Gelagat Pelajar Blur Masa Naik Pentas Ambil Skrol Ini Menghiburkan

Dia pun terkejut.

Cover image via @shahiraliyanaa (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Banyak sekarang kita lihat pusat pengajian tinggi telah mengadakan majlis konvokesyen mereka

Sudah tentu, ini pasti saat yang paling ditunggu-tunggu buat semua pelajar selepas bertahun-tahun belajar.

Siapa saja tidak bangga bukan, tambahan lagi masa naik pentas ambil skrol, mesti dalam hati fikir macam-macam.

Namun, lain pula dengan video gelagat gadis ini apabila dia sendiri tidak sangka apa yang dilakukan di atas pentas telah mencuit hati ramai.

Lihat video itu di bawah:

Nervous masa ambil skrol sampai tak sedar pegang macam itu

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis berkongsi kembali detik ketika dia sedang mengambil skrol di atas pentas.

Tetapi, apa yang lebih menghiburkannya adalah apabila dia melihat cara dia memegang skrol itu selepas diterimanya. Ia tak ubah seperti sedang membawa dulang untuk dihantar.

"Benda dahlah sekali seumur hidup je, pastu boleh pula otak aku jem atas stage tu macam bawa dulang guys," tulisnya di kapsyen.

"Praktis hidang air dekat mak mertua lah tu" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan mengusiknya dengan pelbagai benda lucu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 620.6K views, 14.6K likes dan 360 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Dia kalau dah nervous otak memang auto jem :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: