seismik

Member Takut Jalan Sebab Ada Kucing, Kelibat Pemuda Tolong Alihkan Ini Pula Raih Perhatian

Sweet pula abang tu.

Cover image via @stnurain_(TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Semua orang pasti mempunyai ketakutan mereka sendiri jika terjadi sesuatu perkara

Tidak kiralah dari segi apa pun, seperti takut akan sesuatu perkara, takut pada sesetengah haiwan dan sebagainya.

Kalau boleh memang tak nak perkara itu terjadi dan memang nak cuba elakkan betul tak? Tambahan lagi, kalau terjumpa haiwan yang kita takut.

Sama seperti video di TikTok ini apabila seorang gadis tidak mahu bergerak dek kerana takut dengan seekor kucing telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

@stnurain__ Terima Kasih encik baju putih Kawan saya ni mmg penakut sikit. Saya kene jaga pintu toilet kawan lagi sorang, sebab tu tak boleh tlg dia #shell TIBA TIBA X TIBA TIBA CINTA DATANG MASHUP LEMUEL J - Lemuel J Sianipar

Sanggup tak jalan sebab takut nampak kucing

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis sedang merakam gelagatnya rakannya yang takut dengan seekor kucing di sebuah stesen minyak.

Dapat dilihat rakannya itu memanggilnya beberapa kali untuk meminta tolong mengalihkan kucing tersebut.

Namun, apa yang lebih mencuri perhatian adalah disaat rakannya sedang ketakutan, tiba-tiba datang seorang pemuda yang sedar dengan keadaan itu dan mengalihkan kucing berkenaan. Situasi itu membuatkan gadis itu terdiam kerana tidak menyangka akan perkara tersebut.

"Ahh aku pula yang blushing" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan ada yang mengusik mungkin itu adalah jodohnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.3M views, 292.7K likes dan 7,502 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Kita pula yang bersemut tengok awak :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: