Tak Tahan Boyfriend Selalu 'Belasah', Tapi Lepas Sebulan Gadis Ini Luah Rasa Rindu
Apa yang dia nak sebenarnya ini.
Pasti ramai orang di sini yang pernah melalui alam percintaan sebelum berkahwin bukan?
Ia adalah fasa biasa untuk mengenali hati seseorang. Dari situlah, kita akan membuat pilihan sama ada mahu bersamanya atau tidak. Iyalah, nak pilih pasangan ini bukan perkara yang mudah.
Baru-baru ini, tular di Twitter apabila seorang gadis meluahkan situasi yang dihadapinya bersama teman lelakinya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat ciapan itu di bawah:
Luah rasa rindu lepas teman lelaki undur diri
Menerusi ciapan tersebut, kelihatan akaun Twitter itu berkongsi luahan hati daripada salah seorang pengikutnya yang tidak diketahui nama.
Individu itu meluahkan dia dah teman lelakinya sudah 8 tahun bersama. Namun, selama mereka bersama dia mendedahkan teman lelakinya itu terlalu over protective sehingga terbatas pergaulannya.
Malah, dia mendedahkan dia juga sering menjadi 'mangsa' teman lelakinya itu yang panas baran sehingga memukulnya.
Oleh kerana tidak tahan, mereka akhirnya putus. Namun, selepas sebulan berlalu. Gadis itu meluahkan dia mula rasa kehilangan dan rindu teman lelakinya itu.
"Sekarang ni aku pula rasa kehilangan dia, aku rasa aku yang ego sebab tak makan pujuk rayu dia. Nak getback ke moving forward terus," tulisnya.
"Rindu boleh, terasa kehilangan boleh, tapi jangan kembali" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan padangan dan reaksi mereka masing-masing mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, ciapan berkenaan telah meraih 206 retweets, 181 quotes tweets dan 572 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!