seismik

"Kalau Tak Suka Bungkus Makan Di Rumah" - Luahan Wanita Ini Terima Kecaman Netizen

Hmm?

Cover image via @cikguayu_imtecer (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Makan di luar atau di restoran sememangnya berbeza suasananya jika nak dibandingkan makan di rumah

Iyalah, makan di luar ini kita juga akan makan dengan pelbagai golongan orang tidak kira kecil mahupun yang tua. Sudah pasti dengar bunyi bayi atau budak yang suka membuat bising tidak akan terlepas di tempat-tempat sebegini.

Sehingga kadangkala ada yang kurang senang dengan situasi berkenaan. Tular sebuah video di TikTok baru-baru ini apabila seorang wanita yang dikenali sebagai Teacher Ayu telah meluahkan pendapatnya mengenai situasi di kedai makan telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Minta bungkus kalau tak suka dengar budak kecil buat bising

Menerusi video tersebut, kelihatan wanita itu sedang berada di dalam kereta bersama dengan beberapa orang anaknya.

Dia kemudian berkongsi pengalamannya kerana dipandang ‘serong’ ketika anaknya menangis di sebuah kedai makan. Situasi itu membuatkan dia seperti tidak berpuas hati dan berharap agar orang ramai faham dan sedar situasi itu akan berlaku apabila berada di tempat awam.

"Kalau korang pergi kedai makan ada anak kecil menangis ke apa pleaselah tak payah nak pandang serong. Kalau korang tak suka dengan suasana bising macam tu boleh tak korang makan dekat rumah je," katanya

"Suggestion tu macam terbalik je" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka dan memberitahu sepatutnya ibu bapa yang perlu memikirkan dan mempertimbangkan jika berlaku situasi seperti itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 349.2K views, 9,471 likes dan 4,656 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Kalau dah terlalu bising, mungkin boleh fikirkan cara lain kot kan?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: