"Kembang Tekak" - Lelaki Terkejut Tengok, Baru Nak Makan Kurma Tapi Nampak Berulat
Kembang tekak.
Seperti yang kita semua tahu, berbuka dengan makanan manis adalah sunnah yang bagus diamalkan
Tak lengkap rasanya kalau kita tidak berbuka dengan makan kurma terlebih dahulu betul tak? Makan sebiji pun sudah memadai.
Macam-macam jenis kurma kita boleh dapatkan di pasaran sekarang yang diimport khas. Namun, kita juga dinasihatkan agar untuk melihat isi dalam kurma dahulu sebelum makan, iyalah takut ia sudah tidak elok.
Situasi itu telah dihadapi oleh seorang lelaki ini apabila dia berkongsi di Twitter isi dalam kurma yang dimakannya sehingga membuatkan dia kembang tekak.
Lihat ciapan itu di bawah:
Dah makan banyak baru perasan bila lihat dalam isi kurma
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki di laman Twitternya berkongsi situasi yang menggelikan selepas saja dia memakan buah kurma.
Dia menunjukkan isi dalam buah kurmanya yang dilihat seperti mempunyai telur dan sedikit berulat dalamnya.
"Korang lepas ni careful ya nak makan kurma. Walaupun murah RM10 sekotak kena cuci betul-betul before makan. Kalau tak, jadilah macam aku ni. Makan dah banyak biji baru perasan ada maggot eggs, macam dah jadi larva dah. No wonder la kurma ni lembut & manis rupanya," tulisnya.
"Guys! Lagi satu sebelum korang beli kurma, tengok production date dia bila" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut geli melihat situasi itu dan memberikan reaksi mereka masing-masing.
Ketika artikel ini ditulis, ciapan berkenaan telah meraih 2,006 retweets, 455 quotes tweets dan 1,886 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!