seismik

"Terus Lipat Baju" - Kena Merangkak Nak Basuh Baju, Lelaki Terhibur Lihat Susunan Dobi Ini

Terhibur bang!

Cover image via @amiercakoroi (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi mereka yang selalu ke dobi untuk membasuh pakaian, pasti sudah biasa dengan susunannya betul tak?

Mesin di dobi ini bukanlah sama seperti mesin di rumah kerana susunannya di atas dan bawah. Tambahan lagi jika pergi ke dobi layan diri. Banyak mesin basuh kita boleh lihat.

Namun, berbeza pula yang dilihat lelaki ini apabila dia terhibur melihat susunan dobi yang dia pergi telah mencuit hati ramai.

Lihat video itu di bawah:

Terhibur tengok nak basuh baju kena 'merangkak' dulu

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki semasa itu sedang berada di sebuah kedai dobi layan diri.

Tetapi, apa yang membuatkan dia geli hati adalah sebaik saja melihat susunan mesin basuh di dobi itu. Dia mendakwa salah satu mesin itu terlalu ke bahagian bawah sehingga dia terpaksa merangkak untuk membasuh baju.

Malah, dia juga terhibur dan siap menunjukkan gayanya ingin mengambil baju daripada mesin basuh tersebut.

"Itu untuk lepas keluarkan, terus lipat masuk bakul" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut  terhibur dan memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 86.7K views, 2,345 likes dan 176 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Betul lah bang, lepas ambil baju boleh terus lipat tu :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: