Simpan Makanan Dalam Mesin Basuh & Tandas, Tindakan Peniaga Ini Buat Ramai Geli
Sampai ke dalam tu sorok.
Tindakan seorang peniaga yang tular di sosial media kerana menyembunyikan lauk kepada orang tidak berpuasa dikecam ramai
Dalam operasi cegah orang tidak berpuasa oleh Pejabat Agama Jajahan Bachok dan Majlis Daerah Bachok antara jam 10 pagi hingga 12 tengah hari, lebih 20 bungkus nasi berlauk ayam bersama teh O ais dirampas.
Difahamkan, pelakunya adalah seorang wanita berusia 40-an ditahan kerana menjual makanan kepada orang yang tidak berpuasa.
Lihat ciapan itu di bawah:
Nasi disorok dalam masin basuh dan ayam dalam tandas
Malah, apa yang lebih menggelikan adalah hasil operasi menemukan lebih 20 bungkus nasi yang disorok dalam mesin basuh dan ayam yang diperap dalam tandas.
Selain itu, kita juga menemukan teh o ais yang disembunyikan dalam bilik tidur. Hasil soal siasat, pemilik rumah mengaku membungkus nasi itu sebelum pembeli menghubunginya untuk mengambil makanan itu.
Menurut sumber, wanita berkenaan memaklumkan dia menjual dari rumah pada Ramadan kepada individu yang tidak berpuasa. Pihak berkuasa telah pun memberi nasihat kepada wanita itu dan dia juga akan dipanggil untuk diberi kaunseling supaya tidak menjual makanan pada waktu pagi sepanjang Ramadan ini.
"Fuh dalam jamban. Memang next level" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa geli mereka melihat situasi itu.
Ketika artikel ini ditulis, ciapan berkenaan telah meraih 1,982 retweets, 2,631 likes dan 998 quotes tweets di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!