Suami Naik Pening Isteri Minta 'Madu', Alasan Sebab Bosan Tiada Kawan Ini Curi Perhatian
Boleh pula macam itu.
Sebagai suami isteri, alam perkahwinan adalah fasa yang kita perlu bertoleransi dan faham antara satu sama lain
Dengan banyak kes pergolakan rumah tangga sekarang, pasti sedikit sebanyak menjadi isu di dalam rumah tangga. Namun, kita lebih mengenali pasangan kita lebih daripada orang lain. Jika ada kepercayaan itu tidak menjadi masalah.
Tetapi, berbeza pula dengan video di TikTok ini apabila gelagat seorang isteri yang mahu dicarikan madu telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Minta suami kahwin lagi satu sebab bosan
Menerusi video tersebut, kelihatan pasangan tersebut semasa itu sedang berada di ruang tamu rumah mereka.
Namun, isterinya tiba-tiba meminta agar si suami berkahwin lagi dan memberikannya madu. Alasannya adalah kerana dia merasa bosan dan sering 'dipinggirkan' dek kerana suami sibuk bermain gundam.
Apa yang lebih menghiburkan adalah reaksi suaminya yang terkejut dan sedikit menjerit selepas mendengar permintaan isterinya itu.
"Peninglah macam ni, orang lain tak nak dimadu yang dia ni siap suruh aku kahwin lagi satu," tulisnya.
"Bagus, pandai tepis perangkap" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pelbagai pandangan mereka masing-masing.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 512.1K views, 46.8K likes dan 2,270 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!