seismik

[VIDEO] Ibu Terhibur, Anak Minta Jangan Cakap Loghat Kelantan Sebab Tak Faham Maksud

Stres anak dia, haha.

Cover image via @munirahsmunchies (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Di Malaysia, setiap negeri mempunyai loghat mereka tersendiri

Tambahan lagi, di bahagian utara. Hal ini kerana loghat mereka lebih pekat sehingga ada sesetengah orang tidak faham maksudnya.

Sama seperti video di TikTok ini apabila seorang budak lelaki menyuruh agar ibunya tidak bercakap dalam loghat Kelantan telah mencuit hati ramai.

Lihat video itu di bawah:

@munirahsmunchies

ish bdk2 ni., adeee je xkene bahasa kitoo.. br pindah kelantan 3 bulan.. kito ckp kelatey marohh

bunyi asal - Munirah Mahmud

Cakap ayat dalam loghat Kelantan, anak 'marah' sebab tak faham

Menerusi video tersebut, kelihatan keluarga itu sedang berada di rumah mereka sambil berborak bersama.

Namun, si ibu kemudian bercakap satu perkataan dalam loghat Kelantan. Situasi itu membuatkan anaknya tidak faham dan bertanyakan maksud.

Ibunya menggunakan ayat "semesak" yang membawa maksud senang. Tetapi, si anak lelaki kemudian mengeluh dan memberitahu untuk si ibu tidak menggunakan loghat tersebut dan menggunakan bahasa Melayu.

"Mak terlalu Kelantan untuk anak" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 402.5K views, 26.5K likes dan 1,794 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Marah betul anak dia tu suruh mak jangan cakap loghat Kelantan :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: