[VIDEO] "Habislah" - Bapa Naik Seram, Anak Selamba Landing Atas Tudung Ibu Dah Gosok
Alamak.
Bagi wanita berhijab, tudung adalah aset paling penting bagi mereka
Jika tidak jadi bentuk tudung tersebut pada muka, kadangkala boleh hilang 'mood' nak keluar itu, betul tak?
Sebab itulah selepas saja menggosok tudung, mereka akan meletakkan di tempat yang lapang supaya tidak diusik oleh orang lain.
Namun, lain pula dengan video di TikTok ini apabila gelagat seorang budak dengan selamba baring atas tudung ibunya yang sudah gosok telah mencuit hati ramai.
Lihat video itu di bawah:
Anak pula selamba baring atas tudung
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki semasa itu sedang berada di dalam bilik rumah bersama dengan anaknya.
Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila anak lelakinya itu dengan selamba berbaring di atas tudung si isteri yang sudah siap digosok.
Situasi itu membuatkan lelaki berkenaan kecut perut kerana ia mungkin akan menjadi 'pergaduhan' nanti.
"Dengar cerita 2 beranak ni kena tidur luar" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mengusik dua beranak tersebut dengan pelbagai reaksi.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 577.9K views, 64K likes dan 1,273 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!