seismik

[VIDEO] Terjah Soalan Berkaitan Islam Pada Orang Ramai, Pemuda Ini Terima Pujian Netizen

Mantap semua.

Cover image via @qawiyaro (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Banyak kita boleh lihat hari ini konten-konten yang berguna dikongsikan di media sosial

Sudah tentu kita tidak boleh menghalang konten yang dimuat naik di media sosial kerana itu semua terpulang kepada individu itu sendiri.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang pemuda menerjah orang ramai untuk bertanyakan soalan berkaitan Islam telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

@qawiyaro terjah islamic trivia kat pavilion KL! tiket boleh dapatkan kat tiket2u.com.my/malambulanbintang #islamictrivia #mantuy original sound - qawiyaro

Jawapan orang ramai pula semua membanggakan

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pemuda sedang berada di tengah bandar Kuala Lumpur untuk bertanyakan beberapa soalan kepada orang ramai.

Dia kemudian, menerjah beberapa orang di situ dan bertanyakan sedikit soalan berkaitan Islam. Jika mereka dapat menjawab, mereka akan diberikan tiket ke Konsert Malam Bulan Bintang yang akan menampilkan ramai artis tempatan terkenal.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah, kesemua soalan yang ditanya dapat dijawab dengan betul orang ramai di situ. 

"Tahniah abang yang jawab ulul azmi tu" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mengucapkan tahniah kepada mereka semua kerana dapat menjawab soalan-soalan tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.4M views, 178.4K likes dan 1,407 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Hebat betul orang Malaysia ni, semua soalan dapat dijawab :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: