seismik

Fed Up Kucing Jiran Hari-Hari Berak Depan Rumah, Lelaki Ini Bagi 'Warning' Dalam Group

Letih juga hari-hari kena cuci.

Cover image via @kep3n (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Memelihara haiwan peliharaan seperti kucing sememangnya dapat menghilangkan kebosanan

Malah, mereka inilah juga peneman kita dikala sunyi. Kucing juga sangat sinonim dengan sifat manja dan comel mereka.

Namun, bagi orang yang tidak gemar akan kucing mungkin mereka tidak biasa dengan persekitaran haiwan ini dan baunya. Jika kita memelihara kucing, kita juga haruslah menjaga kebersihan lebih-lebih dengan jiran kita.

Seperti lelaki ini yang meluahkan rasa kecewanya terhadap jirannya yang membiarkan kucing peliharaannya sehingga haiwan itu membuang najis di rumahnya telah mendapat perhatian ramai.

Lihat ciapan itu di bawah:

Kucing jiran selalu buang najis merata di kawasan rumah

Menerusi ciapan tersebut, kelihatan seorang lelaki meluahkan rasa kecewanya terhadap jirannya yang memelihara kucing.

Difahamkan, rumahnya selalu dipenuhi dengan najis kucing Oyen yang sering datang di situ. Malah, kucing Oyen itu juga mempunyai loceng dilehernya menandakan haiwan itu mempunyai tuan.

Oleh kerana rumahnya sering dipenuhi najis kucing berkenaan, lelaki tersebut kemudian menegur perkara itu di dalam group WhatsApp residen dan memberi 'amaran' kepada mereka.

"Salam, ada seekor kucing color oren/putih pakai collar suka buang taik dekat rumah saya. Hari-hari kena cuci lantai. Sekali lagi saya nampak saya buang jauh ya. Tq," tulisnya.

Lihat sambungan ciapan itu di bawah:

"Kepada yang membela kucing, bertanggungjawab la sikit dengan haiwan peliharaan kau tu" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka mengenai kes itu. 

Ketika artikel ini ditulis, ciapan berkenaan telah meraih 2,705 retweets, 483 quotes tweets dan 5,478 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Kalau bela kucing tu kita kenalah peka juga dengan persekitaran sekeliling ya :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: