Lelaki Nekad Saman Penganjur RM1 Juta Kerana 'Hilang Tempat Duduk' Masa Konsert BLACKPINK
Dia terpaksa duduk di tangga pada masa itu.
Seorang peguam Malaysia menyaman penganjur konsert BLACKPINK Born Pink World Tour Live Nation Malaysia sehingga RM1 juta kerana 'hilang' tempat duduknya di konsert itu
Pengguna Twitter Nas Rahman berkongsi di laman Twitternya mengenai perkembangan tentang perkara tersebut yang menyebabkan dia mengambil tindakan undang-undang selepas rundingan gagal antara dia dan penganjur.
Lihat ciapan itu di bawah:
Saman penganjur sebab tiada tempat duduk masa konsert
Pengalaman pahit di konsert BLACKPINK Malaysia pada 4 Mac di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula apabila Nas terpaksa duduk di atas lantai, di sepanjang tangga untuk persembahan selama dua jam itu.
Beliau berkata satu daripada tempat duduknya untuk dua tiketnya, nombor 37, tidak wujud kerana kerusi itu hanya sehingga nombor 36 di barisan 207.
Pada 6 Mac, Nas mengeluarkan surat tuntutan terhadap Live Nation Malaysia dan mula berbincang dengan pihak penganjur untuk penyelesaian.
Menurut Nas, kedua-dua pihak tidak dapat mencapai kata sepakat sehingga membawa kepada samannya difailkan di Mahkamah Sesyen.
Lihat sambungan ciapan itu di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!