seismik

"Tak Faham Bahasa Inggeris" - Pelajar Terpaksa Bayar RM44 Untuk Satu Cawan Air Starbucks

Pelajar tersebut membayar RM19 untuk topping saja.

Cover image via MMU Confessions (Facebook)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pelajar Malaysia terkejut kerana secara tidak sengaja memesan frappuccino dari Starbucks sehingga mencecah RM44.10

Dia berkongsi kesilapan 'bodoh' itu di Facebook MMU Confessions dan pengakuan yang disediakan untuk pelajar universiti, mereka menyifatkan kesilapan itu sebagai perkara yang tidak boleh dilupakan.

"Saya tidak dapat memahami bahasa Inggeris kakitangan Starbucks, jadi saya hanya mengangguk. Pada akhirnya, kakitangan itu juga mentertawakan saya. Saya kesal," kata pelajar yang tidak dikenali itu.

Lihat posting itu di bawah:

Terkejut dengan harga, topping saja sudah RM19

Difahamkan, pelajar itu memesan minuman Belgium Chocolate Frappuccino bersaiz venti yang berharga RM21.50.

Namun, tanpa disedari harga topping yang ditambah iaitu karamel, serbuk biskut, dan krim vanila telah membuatkan dia terkejut.

Pelajar itu juga dikenakan bayaran RM1 untuk penyedut minuman yang boleh diguna semula. Selepas 6% cukai perkhidmatan, dia terpaksa mengeluarkan RM44.10 untuk minuman di kedai Starbucks di Berjaya Times Square, KL.

Gambar sekadar hiasan.

Image via iStock

"I say no no no no every time" - Warganet

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut memberikan pelbagai pandangan mereka masing-masing mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 5.4K likes, 2.1K comments dan 1.9K shares di Facebook.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di Facebook:

Lain kali kena double check apa yang kita pesan sebelum nak bayar tu ;)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: