seismik

Lelaki Buat Challenge Jangan Cakap Dapat RM100, Reaksi Pemuda Ini Pula Menghiburkan

Dah boleh cakap dah bang.

Cover image via @azhimhamka (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Banyak konten challenge yang kita boleh lihat sekarang ini di sosial media terutamanya di TikTok

Ada juga konten yang lawak sehingga dapat menghiburkan ramai orang. Namun, ada juga konten yang mendapat kecaman ramai. Ia semua terpulang kepada individu itu sendiri tentang konten apa yang mereka ingin lakukan.

Berbeza pula dengan video di TikTok ini apabila seorang lelaki membuat konten melarang orang bercakap pada mikrofonnya telah mencuit hati ramai.

Lihat video itu di bawah:

@azhimhamka Sampai esok tak ada ending macam ni #fyp #shrmzb original sound - azhimhamka

Bagi tahu jangan bercakap, sampai ke sudah pemuda ini tidak bersuara

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang TikToker sedang berada di luar untuk rakaman kontennya.

Dia kemudian terjumpa dua orang pemuda di atas motosikal dan secara spontan dia memberitahu tidak perlu bercakap dan akan mendapat RM100.

Situasi itu membuatkan pemuda berkenaan tidak bercakap dan menganggukkan kepalanya saja. Malah, apa yang lebih melucukan dia sampai ke sudah tidak bercakap walaupun lelaki berkenaan memberitahu dia boleh bersuara.

"Si game kena game" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 270.9K views, 17.9K likes dan 390 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Dah dapat duit pun tak nak bercakap tu :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: