seismik

"Untuk Bukti" - Nak Beli Barang Di Kedai, Staf Ini Siap Tunjuk Bukti Bayar Dekat CCTV

Bila kau seorang yang kerja.

Cover image via @setiamartbandarputeri (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bekerja di kedai runcit atau pusat beli-belah sememangnya perlu lebih berhati-hati

Hal ini kerana mereka berjumpa dengan ramai orang dengan pelbagai kerenah pelanggan yang ada. Tambahan lagi, mereka yang menjaga di bahagian pembayaran kerana perlu memastikan duit sentiasa cukup di akhir penutupan kedai nanti.

Ada kes yang kita boleh lihat dia tidak cukup, hilang dan sebagainya. Sebab itu perlu lebih berjaga-jaga di bahagian ini.

Namun, lain pula dengan video di TikTok ini apabila seorang pekerja siap menunjukkan bukti dia membuat pembayaran semasa membeli barang di kedainya telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

@setiamartbandarputeri Bila staff tinggal seorang Dan CCTV menjadi bukti . . . Banyak pilihan yang menanti pada harga berpatutan. . SETIA MART No. 15, Lorong Sanggul 1A, Bandar Puteri, 41200 Klang. . Sentiasa memenuhi keperluan anda . . #promosiramadan #ramadan #promosimingguan #jimat #murah #setiamartbandarputeri #bandarputeri #bandarputeriklang #kedaianda #setiamart #hargamurah #mart #banyakpilihan #klang #lebihjimat #lebihmurah #jimatkawkaw #hargaberpatutan #fyp #fyp #foryoupage #foryoupageofficiall #foryoupage original sound - Setia Mart Bandar Puteri

Beli barang siap tunjuk bukti tengah bayar

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis sedang bertugas di bahagian pembayaran di sebuah kedai runcit.

Dia kemudian ingin membeli barang di kedai tersebut. Disebabkan dia seorang yang bekerja pada masa itu, dia mengambil keputusan untuk menunjukkan segala bukti dia pembelian dan pembayaran kepada CCTV. Malah, dia juga siap menunjukkan baki yang dibelinya.

"Ini baru staf yang baik" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman sama mereka dan memberikan pelbagai reaksi.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.5M views, 71.2K likes dan 696 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Senang kalau bos tengok nanti :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: