“Bila Anda Mahu Sedar?”- Dr Amalina Kesal Malaysia Di Tangga Tertinggi Penyakit Diabetes
Negara kita sering duduki tempat tertinggi dalam carta penyakit diabetes. Tak tahu lah patut berbangga atau tidak.
Malaysia sememangnya dikenali sebagai syurga makanan oleh pelancong dan juga penduduk tempatan. Nak makan apa? Semua ada di sini!
Image via Sutra
Malah, makanan di Malaysia tidak terhad kepada 'lauk tempatan' sahaja tetapi makanan-makanan negara lain juga sangat mudah untuk didapati.
Jadi, tiada masalah kalau tiba-tiba teringin nak makan makanan Jepun, Korea ataupun Indonesia sebab memang boleh jumpa!
Namun, dalam pada Malaysia dikenali kerana makanannya, negara ini juga sebenarnya menduduki carta teratas untuk bilangan pesakit diabetes paling ramai
Perkara itu dikongsi oleh Dr Amalina Bakri di laman Twitter miliknya yang terkejut dengan kedudukan carta tersebut.
Dalam pada itu, Dr Amalina turut meluahkan kekesalannya terhadap sikap rakyat Malaysia yang tidak peka dengan gaya hidup sihat yang sepatutnya diamalkan mereka
Susulan itu, kelihatan ramai yang bersetuju dengannya malah turut menyalahkan 'air boba' dan minuman bergula lain yang menjadi pilihan ramai
Bagaimanapun, ada juga yang mengingatkan bahawa perkhidmatan kesihatan di Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia
Tidak dinafikan memanglah sukar untuk menahan nafsu terutamanya dalam bab makanan ini. Tapi, kesihatan itu pun kena jaga juga tau supaya tidak menyesal di kemudian hari.
Remember, you are what you eat.
Image via Giphy
Banyak juga isu lain yang Dr Amalina suarakan:
Leave a comment