seismik

"Makcik, Janganlah Buli Wanita Muda"- Dr Amalina Bagi Penjelasan Soal Pantang Cara Moden

Cara tradisional atau moden lagi bagus?

Cover image via Instagram @dramalinanakri & Google

Soal pantang selepas bersalin sering menjadi topik yang menarik untuk dibincangkan

Antara perkara yang ditakuti wanita selepas bersalin adalah semasa berpantang. Mana tidaknya, sering kedengaran kisah-kisah menakutkan yang perlu dilalui oleh para ibu dalam tempoh tersebut. 

Bukan sahaja makanan perlu dicatu, perlu makan jamu, mandi herba, berurut, memakai pilis di dahi dan banyak lagi. Malah si ibu juga perlu melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan kembali susuk tubuh selepas bersalin.

Takutnya dengar!

Image via Google

Terbaru, Dr Amalina Bakri berkongsi di laman Twitter miliknya mengenai isu di mana para ibu kini lebih memilih untuk menggunakan kaedah moden berbanding tradisional

Pada mulanya, Dr Amalina hanya berkongsi penerangan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan iaitu Prof Dr Imelda Balchin yang menerangkan panjang lebar mengenai isu itu.

Difahamkan, kaedah moden lebih 'mudah' dan tidak banyak pantang larang berbanding cara tradisional. Susulan itu, cara tersebut kini lebih dipilih oleh golongan ibu masa kini.

Dr Amalina kemudiannya turut memberikan pandangannya mengenai isu tersebut serta meluahkan rasa kesal apabila ada yang mengecam kaedah moden ini

Susulan itu, Dr Amalina memohon agar serangan terhadap para ibu ini dihentikan

Tambahnya lagi, masa selepas bersalin adalah waktu yang sangat penting, jika tidak dijaga dengan baik akan terjadilah kes-kes ibu meroyan

Semoga penerangan Dr Amalina ini dapat membuka mata pihak-pihak yang memandang serong kaedah moden ini. Bukan apa, setiap orang ada pilihan masing-masing kan?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga pandangan Dr Amalina tentang isu lain:

You may be interested in: