seismik

"Sudahlah Dengan Iklan Jom Putih, Besarkan Payu Dara, Rapatkan Vagina" - Dr Amalina Bakri

Dr Amalina telah menyuarakan rasa ketidakpuasan hati mengenai isu ini di laman Twitter miliknya dan telah meraih sebanyak 15k 'retweets' setakat ini.

Cover image via Google

Seperti yang orang ramai tahu, Dr Amalina Bakri dikenali sebagai salah seorang doktor yang begitu mengambil berat tentang soal kesihatan orang ramai terutamanya jika ada kena mengena dengan produk terlarang

Baru-baru ini, beliau sekali lagi telah 'berang' dengan iklan-iklan produk yang kini banyak dikeluarkan untuk menarik perhatian masyarakat. Namun, sebenarnya semua produk yang dijual adalah membahayakan kesihatan setiap yang membeli dan memakai.

Status itu telah dimuat naik di laman Twitter miliknya dan telah meraih 15k retweets ketika artikel ini ditulis.

Dr Amalina Bakri.

Image via Instagram @dramalinabakri

Ada betulnya juga nasihat yang diberikan oleh Dr Amalina ini. Apa pun, baca dulu perkongsian penuh di bawah:

Kalau tak makan jamu, tak besarkan payudara, tak rapatkan vagina, suami akan lari.

"Perkara ini sebenarnya adalah merendahkan wanita. Mengapakah anda membiarkan mereka berbuat sedemikian kepada anda?"

BAHASA:

Ia sangat merendahkan diri setiap wanita. Dan wanita, anda membiarkan mereka berbuat sedemikian kepada anda? Bilakah anda mahu bangun dari tidur anda?

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Beliau juga mengatakan bahawa ramai wanita di luar sana yang telah dimanipulasi dalam hal seperti ini hanya kerana mereka inginkan keuntungan dan wang yang bakal diperoleh

BAHASA:

Adakah anda sedar bahawa anda sedang dimanipulasi? Orang membuat wang dari anda kerana anda terlalu mudah untuk digunakan dan anda tidak tahu akibatnya.

Anda tidak mahu dianggap sebagai orang yang lemah, bukan? Dengan pemberian kuasa wanita (women empowerment) & semua itu, anda masih membiarkan mereka memanipulasi anda.

Penghinaan yang dilakukan terhadap wanita lain juga telah dijadikan sebagai bahan ketawa sesetengah lelaki dan masih ramai yang menyokong tindakan tersebut

BAHASA:

Walaupun seorang lelaki menghina wanita di TV nasional dengan menghina warna dan rupa kulitnya, sesetengah penonton tertawa dan beberapa orang masih menyokongnya. Well done setiap lelaki yang telah menunjukkan warna sebenar anda.

Dr Amalina juga menggesa setiap orang supaya BERHENTI dengan pengambilan jamu jika anda sendiri tidak tahu kandungannya

Status tersebut juga turut mendapat sokongan ramai pengguna Twitter dan mereka juga bersetuju dengan nasihat yang diberikan oleh Dr Amalina Bakri:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga perkongsian lain mengenai Dr Amalina Bakri:

Tips belajar oleh beliau juga sangat efektif untuk anda semua:

You may be interested in: