Dr Amalina Bakri Bongkar 4 'Rahsia' Mudah Untuk Fasih Berbahasa Inggeris. Sangat Berguna!
Yang penting, jangan malu untuk berbahasa Inggeris depan orang ramai. :)
Sebut je nama Dr Amalina Bakri, rata-rata akan terus mempunyai mindset bahawa beliau ini adalah seorang pelajar yang genius sejak sekolah
Baru-baru ini beliau telah berkongsi kepada semua tentang tips-tips belajar yang sangat efektif untuk semua pelajar praktikkan. Artikel itu telah mendapat sambutan yang begitu sihat kerana memang ramai individu yang merasakan tips yang diberikan sangat berguna.
Kalau anda masih belum baca, boleh baca sini: Dr Amalina Bakri Kongsi Tips Belajar
Dr Amalina Bakri sememangnya dikenali sebagai seorang yang tidak kedekut ilmu. Apa yang dipraktikkan, pasti akan dikongsi.
Perkongsian terbaru di laman Twitter miliknya mengenai tips untuk anda fasih berbahasa Inggeris telah mendapat 4k retweets. Ramai yang merasakan tips itu sangat diperlukan. Basic English sangat penting ya!
Baca perkongsian beliau di bawah:
Menurut beliau, ramai yang bertanyakan tentang cara bagaimana beliau fasih berbahasa Inggeris.
Dr Amalina juga menyarankan seorang pengguna Twitter iaitu @thealphaoxtrot untuk menambah jika ada perkongsian lain yang berguna kerana lelaki itu merupakan seorang guru Bahasa Inggeris.
1. Perlu ada keyakinan dalam diri untuk berbahasa Inggeris di khalayak ramai
"Practice makes perfect, tidak kira betapa baik atau buruk tatabahasa anda, hanya perlu yakin untuk bercakap dalam bahasa Inggeris.
"Jika ada orang bersuara, ‘alah, berlagak nak cakap English’, abaikan saja semua itu. Saya juga pernah melalui semua itu sejak dari sekolah ketika berada di Malaysia.
"Terutamanya kerana ramai rakan saya pada masa itu berbangsa Cina dan India dan kami akan bercakap dalam bahasa Inggeris ketika di sekolah, dan sudah tentu anda dapat meneka bahawa sesetengah orang tidak suka tentang perkara itu."
2. Berkomunikasi melalui media sosial untuk menghubungi rakan di luar negara. Antara teknik yang sangat bagus!
Kata Amalina, waktu dulu ketika kita masih mempunyai MSN messenger, MIRC, Yahoo Messenger dan sebagainya, beliau sering menggunakan semua platform tersebut untuk menghubungi rakan-rakan yang berada di UK dan USA.
Bahasnya lagi, "Saya juga menulis surat kepada mereka! Saya menyertai beberapa kumpulan pendidikan secara dalam talian (online). Saya mula melakukan semua perkara ini ketika berusia 12 tahun. Anda semua harus berasa bertuah kerana terdapat banyak sumber dalam talian yang boleh anda gunakan sekarang!"
3. Tonton program TV dan filem Inggeris, dengar muzik dan praktik Bahasa Inggeris. Ianya sangat membantu!
Beliau juga menyarankan untuk, "Tonton acara TV dan filem Inggeris, dengar muzik dan PRAKTIK Bahasa Inggeris. Apabila anda mempelajari sesuatu yang baru, sebut perkataan/frasa itu dengan kuat!"
4. Step terakhir adalah untuk kita berlatih dan terus berlatih! Dekatkan diri dengan rakan-rakan yang fasih dalam berbahasa Inggeris.
"Akhir sekali, kelilingi diri anda dengan orang-orang yang boleh berbahasa Inggeris dengan fasih supaya mereka boleh membetulkan anda apabila anda membuat kesilapan, tetapi jangan rasa jengkel pula ya. Semoga berjaya!"
Bukan susah pun nak belajar bahasa Inggeris, kan? Hanya perlu usaha dan keyakinan diri yang tinggi. Selebihnya, you're good to go!