seismik

Dr Amalina Bakri Kongsi 12 Resipi Belajar Paling Efektif Untuk Semua Pelajar Praktikkan

Daripada 10 subjek yang diambil, hanya Prinsip Akaun dia ke Tuisyen.

Cover image via Instagram @dramalinabakri

Nama Amalina Bakri memang dikenali ramai sebagai seorang yang genius berikutan beliau memperoleh 17A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2004

Rata-rata rakyat Malaysia lebih mengenali nama Amalina Bakri dengan pencapaian yang diperoleh. Namun, menurut Amalina sendiri, beliau lebih suka dikenali sebagai Amalina Bakri daripada seorang yang memperoleh 17A1 dalam peperiksaan. Sangat humble!

Mungkin ramai yang ingin tahu rahsia Dr Amalina belajar sehingga mendapat keputusan 'luar biasa' dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Rahsianya? Baca di bawah:

Dr Amalina menjadikan belajar itu suatu aktiviti yang menyeronokkan. Dengan cara ini, lebih senang untuk mengulang kaji pelajaran.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Quora

Menurut Dr Amalina, beliau tidak memaksa diri untuk mengingati sesuatu fakta dalam setiap mata pelajaran malah, menjadikan belajar itu suatu aktiviti yang menyeronokkan. Sebab itu beliau tidak berasa letih walaupun menghabiskan masa yang panjang untuk mengulang kaji.

"Daripada sepuluh mata pelajaran saya belajar di sekolah dan kelas tambahan di luar bagi subjek tertentu, hanya satu mata pelajaran, iaitu Prinsip Akaun, saya pergi tuisyen kerana perlu memahami konsepnya. Yang lain, saya belajar sendiri di rumah. Jika saya tidak faham, saya akan berjumpa guru yang boleh membimbing subjek berkenaan," katanya.

Bagi pelajar yang mungkin sukar untuk mengingati nota dan formula, boleh ikut tips daripada Dr Amalina ini. Mungkin boleh membantu. :)

Image via TalentEgg
  1. Buat nota ringkas
  2. Lukis peta minda apabila mengulang kaji dan mempelajari tajuk baru
  3. Wujudkan kata kunci
  4. Buat banyak latihan berhubung sesuatu formula hingga terbiasa
  5. Buat latih tubi supaya lama-kelamaan mudah untuk mengingati
  6. Ulang kaji di rumah secara berterusan

Dah baca tapi senang lupa apa yang dihafal? Dr Amalina juga beri tips untuk kuatkan lagi ingatan selepas ulang kaji.

Image via Odyssey
  1. Tumpukan perhatian sepenuhnya di dalam kelas
  2. Sentiasa berfikiran positif
  3. Fikir perkara berfaedah sahaja
  4. Elak berfikir perkara yang memesong dan merosakkan minda
  5. Elak makan makanan yang mengandungi banyak bahan kimia seperti makanan ringan dan makanan segera
  6. Jangan minum minuman bergas

Nak jadi macam Dr Amalina Bakri? Cuba praktik cara pembelajaran beliau terlebih dahulu. Mana tahu boleh jadi next Dr Amalina Bakri? :)

Selamat maju jaya semua! :)

Sumber: GPS Bestari

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Bila ditanya tentang harga hantaran, ini respon win dari Dr Amalina sendiri:

Anda pernah sampai ke Paris? Blogger terkenal ini dilayan macam sampah ketika berada di sana. BACA SINI:

You may be interested in: