seismik

Tak Sayang Badan Ke? - Dr Amalina Selar Masyarakat Yang Guna Produk Terlarang Untuk Cantik

Jangan suka-suka hati je beli supplement, baik jumpa doktor untuk pemeriksaan.

Cover image via SAYS via Instagram @dramalinabakri

Zaman sekarang ini memang ramai yang terlalu obses untuk putih, kurus, kulit muka flawless, dan sebagainya

Image via Hello Sehat

Namun, pernah tak anda terfikir tentang kesan sampingan bila anda ambil supplements yang tak sah?

Banyak kesan negatif yang diterima oleh masyarakat selepas mengambil ubat-ubatan yang tidak diiktiraf. Terutamanya apabila sesuatu produk itu mengandungi terlalu banyak bahan kimia di dalamnya.

Isu ini turut diutarakan oleh Dr Amalina Bakri.

Pencapaian Dr Amalina Bakri yang luar biasa bermula dari pengajian di peringkat A-Level, United Kingdom seterusnya ijazah sarjana muda perubatan di University of Edinburgh membuatkan beliau mahir dalam bidang perubatan.

Tidak terhenti di situ, beliau juga telah memperoleh satu lagi ijazah iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains Biomedik dalam Farmakologi semasa dalam pengajian ijazah sarjana muda perubatannya.

Dr Amalina Bakri melalui laman Twitter baru-baru ini telah menyuarakan kerisauan beliau mengenai supplements yang dibeli oleh masyarakat zaman sekarang tanpa membuat sebarang penyelidikan, semata-mata untuk cantik.

Perkongsian beliau mendapat lebih daripada 3k retweets kerana rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat beliau.

Baca perkongsian penuh Dr Amalina di bawah:

Segelintir masyarakat jenis suka membeli produk yang dijual secara online TANPA usul periksa. Lebih-lebih lagi dietary supplement.

Tanpa mereka sedari, produk yang dibeli secara online tersebut mempunyai bahan kimia yang merbahaya untuk kesihatan.

Terlalu percaya testimoni yang hanya dikeluarkan di media sosial semata-mata. Bahaya sebenarnya.

Untuk pengetahuan anda, semua iklan produk kesihatan yang ingin dilakukan sama ada melalui media sosial atau mana-mana platform, perlu ada lesen kelulusan.

Tak semua produk yang dijual mempunyai sijil kelulusan yang sah. Semua produk tidak boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan iklan palsu hanya untuk menarik perhatian masyarat tentang 'kebaikan' sesuatu produk yang dijual.

Dr Amalina juga berkongsi tentang 20 jenis penyakit yang TIDAK BOLEH diiklankan:

Masyarakat sepatutnya lebih meningkatkan kesedaran mengenai isu kesihatan kerana ianya bukan sesuatu perkara yang boleh dipermainkan

Nasihat Dr Amalina yang sememangnya berguna untuk masyarakat

Anda perlu lebih menitikberatkan soal kesihatan anda. Jangan sesekali membuat keputusan dan mengambil langkah mudah untuk kurus, pandai, putih, cantik dan sebagainya. Harus berusaha lebih, ok? :)

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Dr Amalina Bakri berkongsi cara untuk anda 'terer' dalam berbahasa Inggeris. Berguna ni!

Dah pandai berbahasa Inggeris, jom bercuti pulak! Kashmir macam best je. Boleh ikut itinerari di bawah:

You may be interested in: